Saturday, 13 May 2017

Shaklee independent distributor

Assalamualaikum semua.

Dengan ini secara rasminya saya atau lebih mesra dengan panggilan che sue ingin mengumunkan yang saya adalah pengedar shaklee yang sah atau bahasa omputihnya Shaklee Independent Distributor (SID).

Mari che sue ceritakan sedikit mengenai history macam mana che sue boleh jadi SID, sebenarnya dah lama since 2013 tapi baru sekarang che sue jadi SID yang aktif, dulu che sue jadi pun sebab nak dapat harga murah bukan untuk menjual pun. Untuk pengetahuan semua, bila kita join member shaklee kita dapat membeli produk shaklee dengan harga yang murah berbanding harga retail. Perjimatannya sekitar 15-20%.

Macam mana nak join member ni, korang hanya membayar yuran sebanyak RM 68.90. Banyak kelebihan yang korang dapat bila join member ni antarnya:

  1. Dapat diskaun dari harga retail price sekitar 15-20%
  2. Dapat bonus bulanan setiap barang yang kita beli.
  3. Boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan sebab kita boleh menjual produk shaklee n akan dapat bonus bulanan dari setiap apa yang kita berjaya jual.
Bestkan, bagi yang ingin menjadi sebahagian dari team shaklee boleh contact che sue, detail seperti dibawah:

Wsap                : +60175330562
Instagram         : shaklee_sryon9
Page Facebook : shaklee_sryon9

Thursday, 18 September 2014

Playdoh

Yasmin ni hari2 atau kalaulah dibiarkan 12 jam mungkin akan mengadap iPad ja kerjanya, layan upin ipin la apa lagi. So aku rasa itu menunjukkan satu tanda yang tidak baik untuk dia, jadi aku cuba hadkan penggunaan ipad untuk dia. Memanglah bila anak kita bersama iPad kerja jadi mudah dia tak kacau kita sama ada nak buat kerja atau pun buat kerja sosial tapi cuba pikir balik kalau lah hampir setiap masa dia mengadap iPad apa kesan buruk kepada dia nanti. Budak2 perlu melalui fasa semula jadi di mana dia perlu bermain bersosial untuk perkembangan yang bagus. Bila aku tak bagi dia main iPad dia nampak bosan n mula merengek, jadi sebagai ibu bapa kita kena la pikir apa benda nak buat tak nak bagi dia bosan. So jom main playdoh, sebut ja playdoh terus melonjak dia nak main.



Yeay jom buat kek


Seronoknya.






Mama cantik tak kek ni.


Chamin buat kek untuk mama, Happy birthday to u mama.

Wednesday, 17 September 2014

Palace the golden horses hotel

Assalammualaikum

Awal September 2014 hari tu kita orang datang Kl, maklum la dah sebulan duduk di Broneo orang tu dah mula rindu Semenanjung, apa lagi si suami pun ambil la training di KL boleh la bawa anak bini balik semenanjung walaupun kerja di opis banyak. (Kerja dekat opis tu tak pernah habis pun pa). Kita orang berkampung kat sini 5 hari 5 malam. Boleh la merasa bawa anak tidur hotel n mandi kolam, kalau duit sendiri semalam pun dah 400+. Alhamdullilah rezeki Allah bagi dekat hamba dia.



Lobi hotel, penuh dengan patung kuda.


Budak seorang ni bukan main lagi kalau dapat pergi hotel seronoknya lain macam, semua budak kut suka yang dewasa apalah lagi.


Dah check in masuk apalah lagi lompat la.


Antara decoration bilik


 Ni la yang ketua seronoknya.


Dalam toilet pun jadi selfie.


Jom mandi kolam.


Akak aku datang bawa anak2 dia mandi kolam sekali.


Kiki, sebelum keluar berjalan jom selfie dulu untungla duduk di hotel yang ada cermin besar, haha.



Hussein kata mama ni dah kena apa asyik bergambar aja.


Ni la geng aku.


Jalan2 Sunway Piramid lepas rindu.


Balik terus tertido, comelnya.


 Tangkapla puas2 kat rumah nanti letak satu cermin besaq. 


Hussein pun nak juga.


Yeay apak pun terjebak sama.



Ok la dah check out, jom bergambar sebelum balik.


Cantik sangat permandangandepan hotel ni rumput hijau n kereta kuda emas.



Dah nak balik, kakak2 aku hantar kami ke KLIA 2, lambai adik nak balik dah, ada rezeki kami datang lagi. Terima kasih kak bagi pinjam kereta selama seminggu kami di KL, hanya ALLAH saja dapat balas budi kak, amin. 

Chocolate chip peanut butter cookies

Amboi, sejak dua menjak ni bukan main lagi aku membaking kejap buat kek kejap buat cookies. Bukan apa sekali kita dah guna bahan2 baking ni dah senang nak guna pastu sebab tak berhabuk n barang baking ni kita beli banyak tapi gunanya sikit ja so dari membazir baik kita habiskan. So masa tengah search pasal resipi kek pandan shifon aku un tertengok resipi cookies ini dekat blog My small kitchen nampak macam sedap n resipi pun nampak mdah, so apa lagi jom la kita buat.

Bahan bahan

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
1 biji telur - dipukul ringan
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh vanila
3/4 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan peanut butter - yang kasar
1/2 cawan campuran chocolate chips

Cara cara
1. Ayak tepung, baking soda dan garam. Ketepikan.
2.Pukul butter dan gula hingga pucat dan kembang.Masukkan telur, vanilla dan campuran tepung tadi.Gaul sekata.
3. Kemudian masukkan peanut butter dan choc chips. Gaul sekata dan akan membentuk doh yang agak lembut.
4.Ambil sedikit doh, bulatkan dan letak di atas dulang pembakar yang telah digris. Atau boleh gunakan sudu.
5. Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 8-10 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Ni la antara bahan-bahannya.


First batch otw dalam oven, aku punya oven ni aku set suhu dia dalam 180 darjah celcius dan bakar selama 20 minit, sebab kalau aku ikut macam dalam resipi biskut aku tak masak so aku adjust ikut oven aku punya temperature yang ok.


Adunan cookies





My cookies, nyum2 selamat mencuba senang je tau tak payah dah habis dut g beli cookies dekat famous amos yang ni pundah cukup sedap.




Legoland Malaysia Part 2

Sambungan cerita pasal ke Legoland, kali ni kita cerita pasal bilik, water park n theme park. Harga tiket boleh refer web diaorang. Siapa yang dapat voucer ka diskaun ka mesti lagi best sebab harga murah la sikit dari normal rate dia kan.



Bilik ni cantik sangat tema adventure nama dia, katil saiz king




Ni tv bahagian tempat katil untuk anak2, so tak pelu nak berebut siaran ngn diaorang, diaorang boleh layan cerita diaorang.


Anak2suka la tew tengok bilik penuh gambar karton.


Pandangan water park dari bilik kita orang, orang tu dah duk menyanyi nak mandi kolam.


Tv dekat bahagian mak pak



Ada pintu dekat tengah2 antara bilik mak pak n anak2, boleh kunci lagi. Dalam bilik ni dia sedia satu set lego jadi apalagi leka la anak2 main lego. Tapi jangan la amik pulak kan bawa balik rumah.


Nampak tak kotak hitam tu, kotak tu berkunci dalam tu ada set lego yang kecik dalam plastik kalau kita berjaya cari nombor siri peti besi tu kita boleh ambil lego dalam tu. Apa lagi helmi pun cari la n akhirnya berjaya buka.  Yeay terima kasih legolnd hotel.


Katil double darker untuk anak2.


Esoknya kita masuk taman tema dia, tangkap gambar dulu dengan maskot lego ni, tengok yasmin asyik pandang ja ke maskot tu.


Alahai



Kesian yasmin banyak permainan yang dia tak dapat main sebab banyak mainan syarat nak main kena 4 tahun ke atas n tinngi pun kena lepas ikut syarat yang ditetapkan. Mana yang tak boleh main tengok je la tu yang masam ja muka lagi satu sebenarnya dia nk ajak p water park sebenarnya.



Ngantuk ka sein ooi


Ni la antara yang boleh dia naik tu pun kena ada orang dewasa naik sekali.





Ok naik bot pula, bestla dia



Naik kereta pula, tapi si yasmin ni sampai sudah kereta tu tak bergerak, haha.



Macam bergerak ja


Ni la rate dia, tapi ni masa bulan April 2014, sekarang punya rate entahla sama ke tak lagi.


Ok dah abis theme park kita p water park, tengokla si yasmin tu bukan main excitednya.


Hari last, okdah nak balik dah. Gambar dekat restauran tak tangkap la pula, makanan dia ada bahagiab kids n dewasa, ok la sedap2 semua yg makanan kids pun sedap macam2 ada.


Hueesin main apa tu.


Main la puas kita nak balik dah, kalau ada rezeki kita main lagi, amin.




Yasmin buat lego tinggi. hihi



Ok shopping sikit lego untuk dibawa balik.



Family potrait malam dinner helmi, awie mai tu. hihi.

Ok la itu sahaja cerita kami, seronok sangat rasa nak mai lagi n nak lagi seronok balik tu singgah jpo shopping barang siapa lagi kalau bukan baju Yasmin n Hussein. 

Suraya bagi 5star la dari 5. By.